Friday 15 August 2014

MH17: HARI BERKABUNG PADA 22 OGOS...



PUTRAJAYA: 22 Ogos telah diisytiharkan hari kebangsaan berkabung untuk mangsa Malaysia Airlines penerbangan MH17, apabila 16 mayat mangsa - 15 rakyat Malaysia dan satu bangsa Belanda - dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbangan khas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata tidak akan ada cuti umum pada tarikh tersebut.


Muhyiddin berkata identiti sebenar 15 rakyat Malaysia akan diberitahu pada 22 Ogos dan berkata enam daripadanya adalah orang Islam.

Beliau juga berkata mangsa Belanda akan diterbangkan ke Malaysia.

"Pewaris mangsa rakyat Belanda itu meminta agar mayat itu dibakar di Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata upacara majlis akan diadakan di Kompleks Bunga Raya di KLIA.


No comments:

Post a Comment