Wednesday 23 July 2014

10 Tips Balik Kampung Beraya...



#1...
RANCANG PERJALANAN ANDA


Sebelum balik kampung rancang la dulu nak balik bila so xde la kelam kabut nanti.
Contoh: Nak balik ikut jalan mane?? Prepare makanan banyak skit takut jem?? Nak pakai cash ke guna kad Touch & Go?? and macam2 lagi la.

#2...
SERVIS KERETA ANDA AWAL-AWAL


Kalau da tau nak balik kampung then terus je bawak pergi servis. Contoh servis ialah tukar minyak hitam dan Oil filter, Check Air filter, Tayar, Brek Pad dan Air yang cukup di Radiator.

#3...
SEDIAKAN DUIT RAYA YANG CUKUP


Make sure duit raye tu da letak dalam sampul da and let say kalau ade sampul untuk VVIP (kira dalam sampul tu ade RM100) make sure da asingkan siap-siap so nanti kalau da ramai sangat anak buah or sedara mara xde la kelam kabut.

#4...
SIAPKAN BEG BAJU AWAL SUPAYA XDE BARANG TINGGAL


Buat list baju ape nak bawak and barang ape nak bawak so boleh kumpulkan barang dulu and bila semua da cukup then sumbat jer dalam beg. Isu tertinggal BAJU RAYA tu mesti xde kalau follow cara nie.

#5...
DRIVER KENA CUKUP TIDUR


Driver kene cukup tido bagi mengelakkan keletihan semasa memandu. Kalau cukup tido badan dan mata pon segar. So perjalanan pon tak bahaya sebab da cukup rehat.

#6...
TUTUP SUIS & CABUT PLUG YANG TIDAK DIGUNAKAN 


Nie adalah untuk mengelakkan berlaku litar pintas dan kebakaran rumah. So mane-mane plug yang tak guna sila cabut plug tersebut and tutup suis.

#7...
BUKA SATU LAMPU DIRUANG TAMU @ DEPAN RUMAH


Buka satu lampu supaya rumah anda tidak menjadi sasaran pecah rumah kerana rumah yang selalu menjadi sasaran adalah rumah yang gelap.

#8...
TUTUP / KUNCI TINGKAP DAN PINTU


Ini bertujuan untuk mengelakkan rumah anda dipecah masuk melalui pintu dan tingkap yang tidak berkunci. Jadi check betul betul samada pintu dan tingkap sudah di kunci.

#9...
LETAK KUNCI RUMAH DI TEMPAT YANG SELAMAT


Ini selalu terjadi selepas balik dari kampung sebab owner xtau simpan kunci kat mane. so jangan cuai and make sure anda simpan kunci di tempat yang selamat dan anda ingat.

#10...
DAFTAR UNTUK RONDAAN DI BALAI POLIS


Sebelum balik kampung tu pergi la daftar kat balai polis untuk rondaan. Bagitau berapa hari anda balik kampung so that mase anda xde kat rumah ade la polis buat rondaan.

So .... SELAMAT HARI RAYA Semua.... Pandu lah dengan cermat dan Selamat.. 

Support Us:

No comments:

Post a Comment